Salam sejahtera Muslimin dan Muslimat serta Keluarga disamping anda tiada keberatan untuk sebarkan maklumat ini kepada mereka yang memerlukan diucapkan berbanyak terima kasih.
FADILAT SURAH AL-FATIHAH
Sesiapa yang mengekalkan membaca surah Al-Fatihah diantara solat sunat subuh dengan Fardu Subuh sebanyak 41 kali yang dijadikan amalan rutin harian antara fadilatnya bukti dalam sejarah anda setelah mengamalkannya ialah:-
Meminta pangkat melainkan dapat.
Ia miskin melainkan kaya tiada disangka.
Ia berhutang melainkan dibayar Allah akan hutangnya.
Ia sakit melainkan disembuhkan Allah.
Ia lemah melainkan dikuatkan Allah.
Ia berdagang di negeri orang, melainkan dimuliakan,
Ia dikasihi dan sampai cita-cita.
Berkata beberapa ulama termasuk beberapa orang murid kepada al-Sheikh al-Tamimi menyatakan:
" Suatu masa penyakit Taun dan wabak telah menyerang negeri Maltan dengan dahsyatnya kerana
itu beberapa banyak kematian telah berlaku di negeri itu pada setiap hari ".
"Lalu tuan Sheikh al-Tamimi meminta sahabat dan muridnya membaca Fatihah keatas sesiapa yang
dihinggapi oleh penyakit Taun dan wabak tersebut ". " Maka kamipun membaca dan meniupkannya
ke atas orang sakit itu, seketika lamanya kami lihat orang sakit itupun sembuh dang penyakitnya
berkurangan ".Begitulah Fadilatnya sesiapa yang membaca 41 kali Fatihah keatas seseorang yang sakit setelah itu dihembuskan kepadanya, Insya Allah afiat.
AIR FATIHAH
Ibnu Abas r.a menyatakan, Saidina Hassan bin Ali r.a cucu kepada Rasulullah SAW telah sakit. Rasulullah SAW melihat cucunya sakit, mengambil air dan membacakan fatihah dan membacakan 40 kali dalam bekas, kemudian air itu disapukan ke muka, kepala dan dua belah tangan dan kaki serta perut dan mana-mana anggota luaran. Dengan berkat fatihah itu sembuhlah penyakitnya. Demikianlah, sesiapa sahaja yang menghidap sesuatu penyakit bacakanlah Fatihah sebanyak yang tersebut setelah tu bacakan doa ini:
Maksud Doa :
Ya Allah sembuhkanlah kerana Engkau Maha Penyembuh. Ya Allah lindungkan kerana Engkau Maha Pelindung. Ya Allah pulihkan kerana Engkau Maha Pemulih.
Diberi minum air Fatihah itu kepada orang yang menghidap penyakit dan sapukan ke mukanya serta
ke serata tubuh badannya, inysa Allah akan afiat.
MELEPASKAN DIRI DARI BELENGGU ATAU TERIKAT
Apabila seseorang itu terikat atau terbelunggu, hendaklah dibacakan Fatihah 121 kali, kemudian dihembuskan keatas ikatan atau belenggu itu. Insya Allah akan terurai ikatan atau belunggu tersebut dengan izin Allah terlepas.
FATIHAH SEBAGAI PENDINDING SEMASA TIDUR
Sesiapa membaca Fatihah sekali tatkala ia meletakkan kepalanya kerana hendak tidur, kemudian ia membaca.
Surah al - Ikhlas 3 kali.
surah al - Falaq sekali.
surah an - Nas sekali.
terselamat ia dari segala kejahatan dan mudarat serta menjadi dinding dari hantu Syaitan dan
segala makhluk yang akan merasuk semasa tidur.
FATIHAH SEBAGAI PENERANG HATI
Jika dibacakan Fatihah: 70 kali sehari. selama 7 hari.
pada suatu bekas yang berisi air kemudian dihembuskan kedalam air itu dan diberi minum kepada sesiapa yang kurang baik otaknya sama ada ia bebal, bodoh atau gelap hati. Insyaallah akan dibukakan Allah Taala pintu hatinya dan diberikan kepadanya faham serta pengetahuan dan menjadi seorang pengingat.
FATIHAH UNTUK SAMPAI HAJAT
Sheikh Mahayudin bin Al Arabi Khadas berkata:
" Sesiapa ada hajat, hendaklah ia membaca Fatihah sebanyak 41 kali, selepas solat maghrib, jangan ia bergerak dari tempat duduknya, hingga selesai membaca menurut bilangan yang tersebut ". Setelah itu bermohonlah ia kepada Tuhan akan hajatnya, insyaallah akan di makbulkan.
WIRID FATIHAH
Sesiapa yang membaca al-Fatihah sebanyak 100 kali sehari iaitu pada tiap-tiap lepas solat sebanyak 20 kali akan:
Dimurahkan Allah rezekinya.
Diperbaikki hal ehwalnya.
Dibersihkan hatinya.
Diangkat darjatnya.
Dimudahkan pekerjaannya.
Dilepaskan ia daripada dukacita.
Dijauhkan dari mudharat.
Diberi ia kerajinan dan semangat.
Tidak kecewa.
Dijauh dari asutan Syaitan.
Di ilham kepadanya kebajikan.
FATIHAH UNTUK KEMBALIKAN PANGKAT
Sesiapa yang di pecat dari pekerjaannya atau jatuh pangkat yang disandang olehnya dan sukakan ia kembali kepada pangkatnya, hendaklah ia membaca Fatihah sebanyak 41 kali diantara Sunat Subuh dan Fardunya selama 40 hari. Jangan kurang dari bilangan ini dan jangan putuskan ayat-ayat yang dibaca. Insa yallah kembalilah pangkatnya semula atau menyandang pangkat yang lebih tinggi, percayalah kepada khudrat Allah.
FATIHAH UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT
Sesiapa yang mandul tidak mendapat anak selama ia berkahwin dan suka pula hendak mendapat zuriat atau anak, hendaklah ia mengamalkan membaca surah Fatihah sebagaimana kaedah peraturan seperti ini: Hendaklah membaca Fatihah sebanyak 41 kali selama 40 hari dengan tidak putus-putus dan tidak kurang bilangannya. Masanya ialah diantara Sunat Subuh dan Fardu Subuh.Insyaallah ia akan mendapat zuriat yang soleh lagi baik.
FATIHAH DI ATAS KAPAS
Sesiapa membaca Fatihah 7 sebanyak 7 kali, kemudian diludahkan diatas sekeping kapas dan ditampalkan pada tempat yang luka atau kudis atau apa-apa sahaja penyakit kulit, akan bercantum lukanya dan sembuh kudisnya, dengan izin Allah.
FATIHAH UNTUK BERESKAN PEKERJAAN
Sesiapa yang melakukan pekerjaan dan hendak selesaikan pekerjaan itu dengan baik, bacalah Fatihah di tengah malam sebanyak 41 kali. Insyaallah dimudahkan Allah pekerjaannya dengan tidak mendapat suatu gangguan dan apa saja pekerjaanya dengan izin Allah semuanya beres.
FATIHAH PENGHILANG DAHAGA
Sesiapa yang berada dalam pelayaran atau perjalanan atau sesat maka takut ia dahaga atau lapar,
hendaklah ia membaca Fatihah sekali diatas tapak tangannya, kemudian ditiupkan diatas tapak tangannya itu dan disapukan kemuka dan perutnya. Insyaallah ia tidak akan merasa lapar atau dahaga pada hari itu.
FATIHAH MENGUBAT SAKIT TELINGA
Jika mengidap sakit telinga baru ataupun lama, hendaklah dituliskan Fatihah dalam satu bekas
kemudian dihapuskan tulisan itu dengan minyak mawar dan titikkan kedalam telinga, insya Allah afiat.
FATIHAH MINYAK
Jika di bacakan 70 kali Fatihah kedalam minyak (apa saja jenis minyak) dan disimpan untuk persediaan bagi sakit-sakit angin, akhmar dan bagi menyegarkan tenaga dan urat. Juga bagi penyakit belakang dan pinggang. Insya Allah afiat apabila di gosokkan.
FATIHAH SEBAGAI PENAWAR
Jika disengat binatang berbisa seperti lipan, kala atau ikan bersengat hendaklah diambil segelas air masukkan sebutir garam jantan atau kasar dalam air itu dan bacakan Fatihah sekali. Kemudian di beri minum, Insyaallah akan hilang bisanya.
Semoga apa yang anda hajati mendapat keberkatan untuk keselamatan, keamanan dan kesejahteraan hidup didunia serta mendapat ganjaran pahala yang tiada batas dari Allah Taala buat hambanya yang bertakwa. Insya Allah.