Welcome to Enginezcrew Blogspot

The world is moving so fast these days that the man who says it can't be done is generally interrupted by someone doing it. You don’t get anything clean without getting something else dirty

Welcome to Enginezcrew Blogspot

The world is moving so fast these days that the man who says it can't be done is generally interrupted by someone doing it. You don’t get anything clean without getting something else dirty

Welcome to Enginezcrew Blogspot

The world is moving so fast these days that the man who says it can't be done is generally interrupted by someone doing it. You don’t get anything clean without getting something else dirty

Welcome to Enginezcrew Blogspot

The world is moving so fast these days that the man who says it can't be done is generally interrupted by someone doing it. You don’t get anything clean without getting something else dirty

Welcome to Enginezcrew Blogspot

The world is moving so fast these days that the man who says it can't be done is generally interrupted by someone doing it. You don’t get anything clean without getting something else dirty

Tuesday, February 28, 2012

RENUNGAN BERSAMA........... ANAK

Renungan bersama...

1) Jangan pukul anak dari lutut ke atas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Thursday, November 10, 2011

Antara Sahabat,Teman, Rakan atau Kawan



Antara gambar bersama-sama Sahabat-sahabatku

Assalamua’laikum W.B.T., kita bertemu kembali setelah sekian lama tidak menulis atau mencoret sedikit pada paparan blog ini. Pada kali ini, aku ingin menulis tentang perbezaan ini, kerana beranggapan dimana kita berada pada disisi Sahabat,Teman, Rakan atau Kawan.

1. Sahabat: Pada zaman Rasullulah S.A.W., mereka yg rapat dengan Baginda dipanggil para sahabat, kenapa? Sahabat bermaksud mereka yg sanggup berkorban nyawa, harta, mempercayai, mengenal perasaan dalam mahupun luar. Sentiasa membantu ketika diperlukan & amat mempercayai sama lain. Senang dan susah di tempuh bersama. Harta, nyawa, kehidupan dan segalanya diletakkan ditempat kedua, kerana persahabatan itu yang paling utama.


Antara gambar bersama-sama Sahabat-sahabatku

2. Teman : Teman pula adalah org yg memahami diri kita luar dan dalam, tetapi tidak mengenal perasaan kita. Teman adalah org yg selalu membantu, ketika susah, tetapi masih mempunyai tahapnya. Teman juga adalah org yang rapat dengan kita dan mungkin menyimpan rahsia hidup kita, sentiasa bersama kita tetapi tetap ada tahapnya dan tahap itu yang membelenggu teman dari menjadi sahabat. Kekurangan teman adalah mereka tidak percaya kita sepenuhnya dan selalu membuat kita tertanya-tanya.


3. Rakan : Rakan selalunya adalah yang selalu mengambil peluang dikala ada keuntungannya (seorang yang opportunis) Atau lebih dikenali sebagai penunggu peluang, bila kita berharta, terkenal, hebat ,mereka rapat dgn kita, tapi jika kita sebaliknya, mereka masih bersama kita, cuma taraf kita di mata mereka semakin rendah dan itulah rakan, sering mengambil kesempatan dan peluang yang ada didepan mereka.


Antara gambar bersama-sama Sahabat-sahabatku

Yang terakhir sekali, dalam coretan ini adalah,

4. Kawan : Kawan pula cuma seseorang yang mengenali luaran dan penampilan kita sahaja. Segala gelodak dalaman kita, mereka hanya mendengar dan cuba utk simpati, tetapi hanya beberapa detik kemudian, rasa simpati itu hilang & diganti dgn perasaan menyalahkan kita pula. Tindak tanduk yg bernama kawan susah dikaji & dinilai, hari ni baik, esok bermasam muka. Hari ni ketawa, esok menjauhkan diri dari kita. Kawan adalah dari tafsiran yg bermaksud "hanya seketika" dan itulah kawan.

Alhamdulillah syukur ke Hadrat Allah S.W.T., Kerana kurnia-Nya, dan Limpah-Nya, aku dikelilingi oleh sahabat-sahabat (Lampiran gambar2) yang sanggup berkongsi suka dan duka. InsyaAllah aku sentiasa berdoa kepada-Mu Ya Allah, semoga kami sama-sama dalam golongan orang-orang yang beriman.

Dimana pun tempat kita, samada diperingkat sahabat, teman, rakan atau kawan, kita hendaklah hormat-menghormati peribadi individu tersebut. Itu sebagai pengajaran pada diri saya dan semua di luar. InsyaAllah.

Wallahua’lam


Tuesday, October 18, 2011

RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR

Assalamualaikum W.B.T. , sebagai perkongsian bersama, marilah kita sama-sama hayati sedikit RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR.

Salam sejahtera Muslimin dan Muslimat serta Keluarga disamping anda, jika tiada keberatan untuk sebarkan maklumat ini kepada mereka yang memerlukan diucapkan berbanyak terima kasih. Insya Allah.

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya Allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10 kali pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10 kali,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000 kali, Insya Allah rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71 kali, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Segala kebaikan dan kelebihan semuanya datang dari Allah S.W.T. dan segala kekurangan adalah datang daripada diri ini.


Wallahu'alam


Tuesday, October 11, 2011

Nasi Lemak Berlauk M.A.K.

Assalamualaikum W.B.T. ,
Nasi Lemak Berlauk M.A.K.
Ingin merasai kelainan.. Jom cuba masakan kami... Anda Menilai, Anda Merasa..
InsyaAllah, kami akan memulakan perniagaan kami pada 8 Oktober 2011.. Jom beramai-ramai merasai citarasa istimewa terus dari dapur..
Lokasi kami di Lot 4425, Jalan Astana Barat, Petra Jaya, Kuching.. Bersebelahan RNR Cafe..
Price List untuk Nasi Lemak Berlauk M.A.K. adalah seperti berikut :-

Nasi Lemak Biasa = RM 2.00
Ayam Goreng = RM 2.00
Rendang Daging = RM 2.00
Tempe = RM 1.50
Sambal Sotong = RM 2.00
SPECIAL = RM 9.00
Buat pengetahuan semua bakal-bakal pelanggan kami, nasi lemak berlauk M.A.K.ini hanya boleh didapati secara TAKE AWAY sahaja.. InsyaAllah pada masa akan datang, pihak kami akan menyediakan DINE IN untuk para pelanggan kami.
InsyaAllah kami akan melanjutkan masa perniagaan kami sehingga waktu malam
(hanya Sabtu dan Ahad Sahaja) dan ini bergantung kpd stok bahan mentah kami... Sila berhubung terus dengan kami.

Terima Kasih di atas sokongan anda. Harap Maklum.


Monday, September 12, 2011

Studio Raya Photoshoot

Keluarga Mertua saya, Keluarga Hj Idris Hj Jajol (Background Coklat)

Keluarga Saya, Keluarga Hj Wahap Hj Johari

keluarga saya, Isteri saya sedang membawa anak kami, Amani Miasara

Keluarga Mertua Saya, Keluarga Hj Idris Hj Jajol

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua.... Entri kali ini amatlah ringkas, saya ingin memperkenalkan keluarga saya serta keluarga mertua saya untuk yang ingin mengenali diri ini... Alhamdulillah sporting nya keluarga saya bila saya membawa mereka untuk photoshoot... dengan hanya d90 saya, sesi ini seakan-akan menjadi acara tradisi keluarga saya pada masa sekarang serta akan datang.. insyaAllah..








Friday, July 15, 2011

Fadilat Surah Al-Fatihah


Assalamualaikum W.B.T. , sebagai perkongsian bersama, marilah kita sama-sama hayati sedikit fadilat Surah Al-Fatihah.

Salam sejahtera Muslimin dan Muslimat serta Keluarga disamping anda tiada keberatan untuk sebarkan maklumat ini kepada mereka yang memerlukan diucapkan berbanyak terima kasih.

FADILAT SURAH AL-FATIHAH

Sesiapa yang mengekalkan membaca surah Al-Fatihah diantara solat sunat subuh dengan Fardu Subuh sebanyak 41 kali yang dijadikan amalan rutin harian antara fadilatnya bukti dalam sejarah anda setelah mengamalkannya ialah:-

Meminta pangkat melainkan dapat.

Ia miskin melainkan kaya tiada disangka.

Ia berhutang melainkan dibayar Allah akan hutangnya.

Ia sakit melainkan disembuhkan Allah.

Ia lemah melainkan dikuatkan Allah.

Ia berdagang di negeri orang, melainkan dimuliakan,

Ia dikasihi dan sampai cita-cita.

Berkata beberapa ulama termasuk beberapa orang murid kepada al-Sheikh al-Tamimi menyatakan:

" Suatu masa penyakit Taun dan wabak telah menyerang negeri Maltan dengan dahsyatnya kerana

itu beberapa banyak kematian telah berlaku di negeri itu pada setiap hari ".

"Lalu tuan Sheikh al-Tamimi meminta sahabat dan muridnya membaca Fatihah keatas sesiapa yang

dihinggapi oleh penyakit Taun dan wabak tersebut ". " Maka kamipun membaca dan meniupkannya

ke atas orang sakit itu, seketika lamanya kami lihat orang sakit itupun sembuh dang penyakitnya

berkurangan ".Begitulah Fadilatnya sesiapa yang membaca 41 kali Fatihah keatas seseorang yang sakit setelah itu dihembuskan kepadanya, Insya Allah afiat.

AIR FATIHAH

Ibnu Abas r.a menyatakan, Saidina Hassan bin Ali r.a cucu kepada Rasulullah SAW telah sakit. Rasulullah SAW melihat cucunya sakit, mengambil air dan membacakan fatihah dan membacakan 40 kali dalam bekas, kemudian air itu disapukan ke muka, kepala dan dua belah tangan dan kaki serta perut dan mana-mana anggota luaran. Dengan berkat fatihah itu sembuhlah penyakitnya. Demikianlah, sesiapa sahaja yang menghidap sesuatu penyakit bacakanlah Fatihah sebanyak yang tersebut setelah tu bacakan doa ini:

Maksud Doa :

Ya Allah sembuhkanlah kerana Engkau Maha Penyembuh. Ya Allah lindungkan kerana Engkau Maha Pelindung. Ya Allah pulihkan kerana Engkau Maha Pemulih.

Diberi minum air Fatihah itu kepada orang yang menghidap penyakit dan sapukan ke mukanya serta

ke serata tubuh badannya, inysa Allah akan afiat.

MELEPASKAN DIRI DARI BELENGGU ATAU TERIKAT

Apabila seseorang itu terikat atau terbelunggu, hendaklah dibacakan Fatihah 121 kali, kemudian dihembuskan keatas ikatan atau belenggu itu. Insya Allah akan terurai ikatan atau belunggu tersebut dengan izin Allah terlepas.

FATIHAH SEBAGAI PENDINDING SEMASA TIDUR

Sesiapa membaca Fatihah sekali tatkala ia meletakkan kepalanya kerana hendak tidur, kemudian ia membaca.

Surah al - Ikhlas 3 kali.

surah al - Falaq sekali.

surah an - Nas sekali.

terselamat ia dari segala kejahatan dan mudarat serta menjadi dinding dari hantu Syaitan dan

segala makhluk yang akan merasuk semasa tidur.

FATIHAH SEBAGAI PENERANG HATI

Jika dibacakan Fatihah: 70 kali sehari. selama 7 hari.

pada suatu bekas yang berisi air kemudian dihembuskan kedalam air itu dan diberi minum kepada sesiapa yang kurang baik otaknya sama ada ia bebal, bodoh atau gelap hati. Insyaallah akan dibukakan Allah Taala pintu hatinya dan diberikan kepadanya faham serta pengetahuan dan menjadi seorang pengingat.

FATIHAH UNTUK SAMPAI HAJAT

Sheikh Mahayudin bin Al Arabi Khadas berkata:

" Sesiapa ada hajat, hendaklah ia membaca Fatihah sebanyak 41 kali, selepas solat maghrib, jangan ia bergerak dari tempat duduknya, hingga selesai membaca menurut bilangan yang tersebut ". Setelah itu bermohonlah ia kepada Tuhan akan hajatnya, insyaallah akan di makbulkan.

WIRID FATIHAH

Sesiapa yang membaca al-Fatihah sebanyak 100 kali sehari iaitu pada tiap-tiap lepas solat sebanyak 20 kali akan:

Dimurahkan Allah rezekinya.

Diperbaikki hal ehwalnya.

Dibersihkan hatinya.

Diangkat darjatnya.

Dimudahkan pekerjaannya.

Dilepaskan ia daripada dukacita.

Dijauhkan dari mudharat.

Diberi ia kerajinan dan semangat.

Tidak kecewa.

Dijauh dari asutan Syaitan.

Di ilham kepadanya kebajikan.

FATIHAH UNTUK KEMBALIKAN PANGKAT

Sesiapa yang di pecat dari pekerjaannya atau jatuh pangkat yang disandang olehnya dan sukakan ia kembali kepada pangkatnya, hendaklah ia membaca Fatihah sebanyak 41 kali diantara Sunat Subuh dan Fardunya selama 40 hari. Jangan kurang dari bilangan ini dan jangan putuskan ayat-ayat yang dibaca. Insa yallah kembalilah pangkatnya semula atau menyandang pangkat yang lebih tinggi, percayalah kepada khudrat Allah.

FATIHAH UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT

Sesiapa yang mandul tidak mendapat anak selama ia berkahwin dan suka pula hendak mendapat zuriat atau anak, hendaklah ia mengamalkan membaca surah Fatihah sebagaimana kaedah peraturan seperti ini: Hendaklah membaca Fatihah sebanyak 41 kali selama 40 hari dengan tidak putus-putus dan tidak kurang bilangannya. Masanya ialah diantara Sunat Subuh dan Fardu Subuh.Insyaallah ia akan mendapat zuriat yang soleh lagi baik.

FATIHAH DI ATAS KAPAS

Sesiapa membaca Fatihah 7 sebanyak 7 kali, kemudian diludahkan diatas sekeping kapas dan ditampalkan pada tempat yang luka atau kudis atau apa-apa sahaja penyakit kulit, akan bercantum lukanya dan sembuh kudisnya, dengan izin Allah.

FATIHAH UNTUK BERESKAN PEKERJAAN

Sesiapa yang melakukan pekerjaan dan hendak selesaikan pekerjaan itu dengan baik, bacalah Fatihah di tengah malam sebanyak 41 kali. Insyaallah dimudahkan Allah pekerjaannya dengan tidak mendapat suatu gangguan dan apa saja pekerjaanya dengan izin Allah semuanya beres.

FATIHAH PENGHILANG DAHAGA

Sesiapa yang berada dalam pelayaran atau perjalanan atau sesat maka takut ia dahaga atau lapar,

hendaklah ia membaca Fatihah sekali diatas tapak tangannya, kemudian ditiupkan diatas tapak tangannya itu dan disapukan kemuka dan perutnya. Insyaallah ia tidak akan merasa lapar atau dahaga pada hari itu.

FATIHAH MENGUBAT SAKIT TELINGA

Jika mengidap sakit telinga baru ataupun lama, hendaklah dituliskan Fatihah dalam satu bekas

kemudian dihapuskan tulisan itu dengan minyak mawar dan titikkan kedalam telinga, insya Allah afiat.

FATIHAH MINYAK

Jika di bacakan 70 kali Fatihah kedalam minyak (apa saja jenis minyak) dan disimpan untuk persediaan bagi sakit-sakit angin, akhmar dan bagi menyegarkan tenaga dan urat. Juga bagi penyakit belakang dan pinggang. Insya Allah afiat apabila di gosokkan.

FATIHAH SEBAGAI PENAWAR

Jika disengat binatang berbisa seperti lipan, kala atau ikan bersengat hendaklah diambil segelas air masukkan sebutir garam jantan atau kasar dalam air itu dan bacakan Fatihah sekali. Kemudian di beri minum, Insyaallah akan hilang bisanya.

Semoga apa yang anda hajati mendapat keberkatan untuk keselamatan, keamanan dan kesejahteraan hidup didunia serta mendapat ganjaran pahala yang tiada batas dari Allah Taala buat hambanya yang bertakwa. Insya Allah.

Segala kebaikan dan kelebihan semuanya datang dari Allah S.W.T. dan segala kekurangan adalah datang daripada diri ini.



Wallahu'alam





Thursday, July 14, 2011

Rezeki

Assalamualaikum W.B.T., entri baru kita membincangkan tentang rezeki. Kesal yang tidak terhingga apabila kita mendengar apabila kita bekerja, majikan yang akan menentukan segala rezeki @ gaji mereka.

Semakin lama kita mencari pendapatan semakin kita rasa usaha kitalah yang mendatangkan rezeki untuk keluarga kita. Kalau kita bisnes, tangan kitalah yang dapat menentukan rezeki keluarga kita. Kalau kita bekerja makan gaji, kita rasa majikan kitalah yang menentukan turun naik pendapatan kita.

Semakin lama kita semakin lupa dengan Allah. Kita tidak yakin bahawa segala rezeki datang dari Allah. Kita hanya yakin kekuatan dan usaha kitalah yang menyebabkan kita kaya dan terjamin.

Allah Azza wa Jalla berfirman menceritakan pengakuan orang-orang musyrik bahwa rezeki datang dari Allah (ertinya),

Katakanlah (Hai Muhammad kepada orang-orang musyrik), ‘Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan yang mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan.’ Maka, mereka menjawab, ‘Allah.’ Maka, katakanlah, ‘Mengapa kamu tidak bertakwa (kepada-Nya)?’” [Yunus/10: 31].

Yakinlah kita bahawa yang menentukan rezeki kita bukan tangan kita atau majikan kita tetapi adalah Allah. Allah telah menetukan rezeki pada kita. Hanya kita yang perlu menjemput rezeki tersebut atas belas ihsan dan kasih sayang Allah

Jadi langkah pertama mencari rezeki dan pendapatan adalah dengan “pasang kabel” dengan Allah. Nak minta sesuatu, berdoa dulu pada Allah. Kemudian barulah diusahakan. Insya Allah akan dikabulkan kerana Allah itu Ar-Razak (Maha memberi rezeki).

Allah Azza wa Jalla berfirman (ertinya),

Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas.” [al-Baqarah/2: 212]

Begitulah nukilan entri kali ini, aku berpesan kepada diri sendiri mahupun orang disekeliling, tidak kena mengena dengan hidup ataupun yang telah meninggal dunia, janganlah kita bongkak atau sombong dengan kedudukan kita sekarang, sesungguhnya rezeki itu ditangan Allah S.W.T., bersyukur lah dengan pemberian Allah dan harus di ingat bila-bila masa saja Allah boleh menarik balik nikmat yang kita kecapi sekarang.

Sentiasa ingat 5 Perkara sebelum 5 Perkara,

1. MUDA SEBELUM TUA
2. KAYA SEBELUM MISKIN
3. LAPANG SEBELUM SIBUK

4. HIDUP SEBELUM MATI

5. SIHAT SEBELUM SAKIT

Wallahu'alam

Thursday, July 7, 2011

Bercakap pasal Hati



Assalamualaikum W.B.T.

Bertemu kita semula pada entri terbaru, Hati. Semua manusia mempunyai hati. Hati menjadi subjek utama di dalam pelbagai bidang pengajian. Di dalam lirik-lirik lagu terlalu ramai yang menyentuh soal hati. Begitu juga dengan filem.Ada ramai Ulamak di Islam menulis tentang cara-cara menjaga hati. Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin ada menyatakan: "Apabila hati dalam keadaan kecelaruan seseorang itu tidak mampu melaksanakan ibadat dan pekerjaan-pekerjaan lain dengan sempurna".

Anatomi Hati di dalam bidang sains perubatan, hati adalah organ terbesar pada badan manusia selepas kulit. Ia terletak di sebelah kanan-atas di dalam kaviti abdomen. Di atas hati ialah diafargma kanan (paru-paru) dan di bawahnya terletak buah pinggang kanan. Ia berbentuk seperti kon dan bewarna merah gelap. Beratnya lebih kurang 1.5kg -1.6 kg. Hati terbahagi kepada 4 bahagian yang dipanggil "lobe". Di belakang hati terletak pundi hempedu (gall bladder) yang menyimpan cecair hempedu untuk tujuan penghadaman lemak.

Fungsi-Fungsi Hati
Ini adalah fungsi2 hati dan apa yang berlaku sekiranya hati gagal melaksanakan fungsinya.
1. Menghasilkan dan merembes cecair hempedu yang bewarna hijaukuning yang diperlukan untuk menghadam lemak. Kebanyakan cecair hempedu akan disimpan di dalam pundi hempedu dan ada yang dirembes terus ke dalam usus. Kerosakan hati akan menyebabkan cecair hempedu masuk ke dalam darah dan menjadikan badan bewarna kuning.
2. Hati adalah umpama stor yang menyimpan gula (glukos). Apabila gula berlebihan, insulin akan menukarkan gula kepada glykogen untuk distorkan di dalam hati. Apabila gula kurang, glykogen ditukar pula kepada gula untuk digunakan di dalam badan. Oleh itu, orang yang mempunyai kegagalan hati akan mengalami kekurangan gula yang sangat serius sehingga kerap pengsan.
3. Hati juga menghasilkan protein seperti albumin. Apabila hati rosak maka penghasilan albumin di dalam badan juga akan berkurang. Kekurangan albumin di dalam salur darah akan menyebabkan air di dalam tisu badan berkumpul (Baca artikel saya di dalam nephrotic syndrome). Perut akan membengkak dipanggil "ascites" - saya rasa orang melayu panggil "busung" dan seluruh badan juga akan membengkak dengan air.
4. Hati menghasilkan bahan-bahan untuk pembekuan darah seperti fibrinogen, prothrombin, faktor-faktor V, VII, IX dsbg. Bahan-bahan ini juga adalah sejenis protein. Apabila tiada bahan-bahan ini, pembekuan darah tidak berlaku dan akan menyebabkan pendarahan teruk. Itu juga antara sebab kenapa ramai yang menghidapi kegagalan hati meninggal dunia akibat pendarahan teruk yang tidak dapat dihentikan.
5. Fungsi hati yang tersangat penting ialah membuang bahan-bahan beracun dan menyahtoksin bahan-bahan toksik daripada badan. Untuk pengetahuan anda, segala macam ubat-ubat, bahan kimia, herba-herba dan segala jenis makanan beracun akan di mengalami proses metabolik untuk menghilangkan keracunannya. Oleh hal yang demikian, proses penyahtoksin ini akan menyebabkan hati rosak. Apabila kita memakan 2 biji panadol contohnya, panadol ini akan ditukarkan kepada bahan tidak bahaya di dalam hati dan dikeluarkan melalui buah pinggang atau najis. Namun, sekiranya kita makan 50 biji panadol sekaligus, bahan ini akan ditukarkan kepada bahan tidak bahaya oleh hati tetapi akan menyebabkan kerosakan hati yang serius yang menyebabkan kematian.
6. Sejenis sel khusus di dalam banyak-banyak sel hati dipanggil "sel kupffer" membentuk satu sistem pertahanan badan. Ia membantu untuk memakan bakteria dan bahan-bahan merbahaya yang lain. Kekurangan protein tertentu akibat kegagalan hati menyebabkan seseorang itu sangat mudah dijangkiti penyakit kerana sistem imun badan yang lemah.
Kesimpulan

Oleh kerana itu, hati adalah sangat penting untuk dijaga. Ia adalah sejenis organ yang tidak boleh hidup tanpanya. Oleh itu jauhilah perkara-perkara yang boleh merosakkan hati. Salah satu daripadanya ialah ARAK. Alkohol adalah antara penyebab kerosakan hati yang utama di seluruh dunia.

Sabda Rasulullah SAW:-Ertinya:
" Sesungguhnya dalam jasad manusia itu terdapat seketul daging. Apabila baik ia, maka baiklah seluruh badan. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh badan. Itulah HATI".

Karenanya Allah S.W.T. mengingatkan, “Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.” (QS. Asy-Syams: 9-10)



Wallahu'alam.




Friday, July 1, 2011

Orang ada tu, dia juga nak tu.......


Assalamualaikum w.b.t., entri baru ini aku bercakap tentang satu sikap manusia yang sering kita lihat zaman sekarang. "Orang ada tu, dia juga nak tu"..... tajuk entri aku buat tatapan serta pengajaran buat rakan2 serta sahabat2 dan tidak lupa pada famili.

Sikap ini aku nampak sendiri disekitar orang sekeliling aku, malah hampir 70% daripadanya memiliki sikap ini. Aku mengakui aku juga tidak terlepas daripada sikap ini kerana kejahilanku sendiri. Aku memohon seribu kemaafan dan sentiasa memohon keampunan-Nya. Aku sedar sikap ini boleh menyebabkan seseorang lalai dengan apa jua termasuk lupa kepada ketaatan kepada Allah S.W.T.

Berbalik kepada entri asal, aku ingin berkongsi satu cerita yang tidak kena-mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

M (Bukan nama sebenar) amat meminati barangan 'gadget', walaupun tidak memiliki ilmu yang banyak, dia sentiasa mengikuti trend terkini. Pada satu ketika, apabila melihat seseorang yang dikenalinya telah memiliki 'alat gadget' yang canggih serta menjadi trend pada masa itu, dia pun berani mencuba untuk melihat keupayaan alat tersebut. Dia sekali lagi menyukai nya. Dari saat itu, dia berusaha untuk memiliki alat tersebut untuk menunjukkan kemampuannya memiliki benda yang sama. Tidak lama kemudian, datang satu alat baru yang menjadi trend, dia pula ingin memilikinya. Alat gadget yang mula2 dibelinya tadi sudah tidak digunakan lagi, hanya sebagai perhiasan (nak menunjukkan dia juga ada memiliki alat tersebut), alamatnya alat tersebut dijual, dan dibelilah alat yang baru itu. Entah sampai bila dia mahu bersikap sedemikian. Bak kata orang, besar dapatnya besarlah kemahuannya. Tidak pernah puas dengan apa yang ada. Maaf jika entri ini menyinggung mana2 perasaan yang membaca.

Sebagai pengajaran kepada cerita ini, eloklah kita amati sedikit daripada pengetahuan diri ini. sekian, bertemu di lain entri. InsyaAllah.


Dalam surah al-Isra’ ayat ke-27

“Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara setan dan setan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”

Tuesday, June 28, 2011

2011 - Suka Duka

Hari ini, 28 Jun 2011, lama dah x update blog dan berkongsi cerita. Sekarang, aku telah bgelar sebagai suami kpd Siti Munirah bt Idris dan ayah kepada Amani Miasara bt Kamarulazry yang sudahpun berusia 5 bulan lebih. Cepatnya masa berlalu, berkahwin sudah, menjadi seorang ayah pun sudah.
Pengalaman mendewasakan aku, setelah berkhidmat 4 tahun bersama SPNB, byk yg aku pelajari. "Hidup mesti diteruskan", itu perumpamaan yang dapat diungkapkan, walaupun perit. Banyak kawan2 telah berhijrah ke tempat lain, something new, good opportunities dan paling wajibnya, better offer. Aku pun begitu, InsyaAllah sekiranya ada rezeki yang lebih baik, aku juga akan mengorak langkah yang sama.
2011 sudah tidak sama dengan tahun-tahun yang sudah, banyak sangat perubahan drastik. Yang dulu nya kurang mesra, sekarang sudah mesra, Dulu masam sekarang sudah ada manis nya, dan begitulah sebaliknya...... "PEOPLE CHANGE" kata mat saleh. Ditegur melatah, x ditegur pun melatah. Begitu sifat manusia zaman sekarang, dulu bila kita kenal dan dperlukan, dia sebagai kawan tapi bila kita silap, kita dipergunakan dan dipersalahkan. Malah itu adalah satu sikap yang buat aku rimas dan mual, sikap bermuka-muka @ hipokrit.

Daripada Abdullah bin Amru bin Al'As r.a., Nabi s.a.w bersabda, maksudnya

" Empat perkara siapa yang mempunyainya maka jadilah di munafik yang sebenarnya, dan siapa yang mempunyai satu cabang daripadanya, nescaya sia mempunyai satu cabang daripada sifat nifaq sehingga dia meninggalkanya. Apabila diberi amanah dia khianat, apabila bercakap di dusta, apabila membuat perjanjian dia melanggarnya dan apabila bergaduh dia melampaui.

Bila sikap bermuka-muka ataupun hipokrit menguasai seseorang, kawan sendiri pun boleh menjadi mangsa untuk mendapat kuasa dan pengaruh. Bila sudah berkuasa dan pada diri nya sudah ada pengaruh, maka mulalah lupa diri. Bpura-pura baik didepan tapi tikam kawan dari belakang, itu sifat yang sangat menjengkelkan. Sebagai pengajaran bagi diri sendiri, kita seharusnya bmuhasabah diri dengan apa jua keadaan. Sebagai pengakhiran bagi episod ini, sudah kekeringan idea agaknya, semoga Allah sentiasa memberkati doa ku ini......

Bismillahirrahmanirrahim............


‎"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya. Amin..."





Amani Miasara - 6 Januari 2011















Daddy's Favourite Present.................

Sapa x syg anak? bila dh bgelar sorang bapak baruk tauk banyak pengorbanan org tua dolok.... aku pun pelik, ada urg smpy ati membuang anak or x duli dgn anak langsung..... jgn lah kita menghukum anak ya, nya langsung x bsalah.... jgn kita polah mcmney bapak kita polah kita dolok, walaupun jaik gney2 pun ya adalah darah daging kita...
sayanglah keluarga kita, jgn smpy klak anak kita besa polah kita mcmya...
aku sgt bsyukur kpd Allah S.W.T. kerana mengurniakan permata aku, Amani Miasara bt Kamarulazry, lahir pd 6 Januari 2011, sehari sbelum harijadi aku yg ke-27... sygku thadap anak ku xda thingga, walau cmney susah aku, aku tetap di sia......
Bukan maksud tlalu manjak, tapi syg anak xda tandingannya... sebagai mak bapak, tanggungjawab ya adalah sekata, xda mdh bini ajak yg patut nyaga anak, tp kita sbagai bapak wajib nyaga juak...
kepada kwn2 yg dh jd mak bapak, ambik tok sbagai ikhtibar, n bagi kwn2 yg bakal jd mak bapak, selamat dtg ke alam baru dlm khidupan yg lebih seronok n mencabar...


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites