Friday, July 1, 2011

Orang ada tu, dia juga nak tu.......


Assalamualaikum w.b.t., entri baru ini aku bercakap tentang satu sikap manusia yang sering kita lihat zaman sekarang. "Orang ada tu, dia juga nak tu"..... tajuk entri aku buat tatapan serta pengajaran buat rakan2 serta sahabat2 dan tidak lupa pada famili.

Sikap ini aku nampak sendiri disekitar orang sekeliling aku, malah hampir 70% daripadanya memiliki sikap ini. Aku mengakui aku juga tidak terlepas daripada sikap ini kerana kejahilanku sendiri. Aku memohon seribu kemaafan dan sentiasa memohon keampunan-Nya. Aku sedar sikap ini boleh menyebabkan seseorang lalai dengan apa jua termasuk lupa kepada ketaatan kepada Allah S.W.T.

Berbalik kepada entri asal, aku ingin berkongsi satu cerita yang tidak kena-mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

M (Bukan nama sebenar) amat meminati barangan 'gadget', walaupun tidak memiliki ilmu yang banyak, dia sentiasa mengikuti trend terkini. Pada satu ketika, apabila melihat seseorang yang dikenalinya telah memiliki 'alat gadget' yang canggih serta menjadi trend pada masa itu, dia pun berani mencuba untuk melihat keupayaan alat tersebut. Dia sekali lagi menyukai nya. Dari saat itu, dia berusaha untuk memiliki alat tersebut untuk menunjukkan kemampuannya memiliki benda yang sama. Tidak lama kemudian, datang satu alat baru yang menjadi trend, dia pula ingin memilikinya. Alat gadget yang mula2 dibelinya tadi sudah tidak digunakan lagi, hanya sebagai perhiasan (nak menunjukkan dia juga ada memiliki alat tersebut), alamatnya alat tersebut dijual, dan dibelilah alat yang baru itu. Entah sampai bila dia mahu bersikap sedemikian. Bak kata orang, besar dapatnya besarlah kemahuannya. Tidak pernah puas dengan apa yang ada. Maaf jika entri ini menyinggung mana2 perasaan yang membaca.

Sebagai pengajaran kepada cerita ini, eloklah kita amati sedikit daripada pengetahuan diri ini. sekian, bertemu di lain entri. InsyaAllah.


Dalam surah al-Isra’ ayat ke-27

“Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara setan dan setan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites