Hari ini, 28 Jun 2011, lama dah x update blog dan berkongsi cerita. Sekarang, aku telah bgelar sebagai suami kpd Siti Munirah bt Idris dan ayah kepada Amani Miasara bt Kamarulazry yang sudahpun berusia 5 bulan lebih. Cepatnya masa berlalu, berkahwin sudah, menjadi seorang ayah pun sudah.
Pengalaman mendewasakan aku, setelah berkhidmat 4 tahun bersama SPNB, byk yg aku pelajari. "Hidup mesti diteruskan", itu perumpamaan yang dapat diungkapkan, walaupun perit. Banyak kawan2 telah berhijrah ke tempat lain, something new, good opportunities dan paling wajibnya, better offer. Aku pun begitu, InsyaAllah sekiranya ada rezeki yang lebih baik, aku juga akan mengorak langkah yang sama.
2011 sudah tidak sama dengan tahun-tahun yang sudah, banyak sangat perubahan drastik. Yang dulu nya kurang mesra, sekarang sudah mesra, Dulu masam sekarang sudah ada manis nya, dan begitulah sebaliknya...... "PEOPLE CHANGE" kata mat saleh. Ditegur melatah, x ditegur pun melatah. Begitu sifat manusia zaman sekarang, dulu bila kita kenal dan dperlukan, dia sebagai kawan tapi bila kita silap, kita dipergunakan dan dipersalahkan. Malah itu adalah satu sikap yang buat aku rimas dan mual, sikap bermuka-muka @ hipokrit.
Daripada Abdullah bin Amru bin Al'As r.a., Nabi s.a.w bersabda, maksudnya
" Empat perkara siapa yang mempunyainya maka jadilah di munafik yang sebenarnya, dan siapa yang mempunyai satu cabang daripadanya, nescaya sia mempunyai satu cabang daripada sifat nifaq sehingga dia meninggalkanya. Apabila diberi amanah dia khianat, apabila bercakap di dusta, apabila membuat perjanjian dia melanggarnya dan apabila bergaduh dia melampaui.
Bila sikap bermuka-muka ataupun hipokrit menguasai seseorang, kawan sendiri pun boleh menjadi mangsa untuk mendapat kuasa dan pengaruh. Bila sudah berkuasa dan pada diri nya sudah ada pengaruh, maka mulalah lupa diri. Bpura-pura baik didepan tapi tikam kawan dari belakang, itu sifat yang sangat menjengkelkan. Sebagai pengajaran bagi diri sendiri, kita seharusnya bmuhasabah diri dengan apa jua keadaan. Sebagai pengakhiran bagi episod ini, sudah kekeringan idea agaknya, semoga Allah sentiasa memberkati doa ku ini......
Bismillahirrahmanirrahim............
"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya. Amin..."