Thursday, July 7, 2011

Bercakap pasal Hati



Assalamualaikum W.B.T.

Bertemu kita semula pada entri terbaru, Hati. Semua manusia mempunyai hati. Hati menjadi subjek utama di dalam pelbagai bidang pengajian. Di dalam lirik-lirik lagu terlalu ramai yang menyentuh soal hati. Begitu juga dengan filem.Ada ramai Ulamak di Islam menulis tentang cara-cara menjaga hati. Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin ada menyatakan: "Apabila hati dalam keadaan kecelaruan seseorang itu tidak mampu melaksanakan ibadat dan pekerjaan-pekerjaan lain dengan sempurna".

Anatomi Hati di dalam bidang sains perubatan, hati adalah organ terbesar pada badan manusia selepas kulit. Ia terletak di sebelah kanan-atas di dalam kaviti abdomen. Di atas hati ialah diafargma kanan (paru-paru) dan di bawahnya terletak buah pinggang kanan. Ia berbentuk seperti kon dan bewarna merah gelap. Beratnya lebih kurang 1.5kg -1.6 kg. Hati terbahagi kepada 4 bahagian yang dipanggil "lobe". Di belakang hati terletak pundi hempedu (gall bladder) yang menyimpan cecair hempedu untuk tujuan penghadaman lemak.

Fungsi-Fungsi Hati
Ini adalah fungsi2 hati dan apa yang berlaku sekiranya hati gagal melaksanakan fungsinya.
1. Menghasilkan dan merembes cecair hempedu yang bewarna hijaukuning yang diperlukan untuk menghadam lemak. Kebanyakan cecair hempedu akan disimpan di dalam pundi hempedu dan ada yang dirembes terus ke dalam usus. Kerosakan hati akan menyebabkan cecair hempedu masuk ke dalam darah dan menjadikan badan bewarna kuning.
2. Hati adalah umpama stor yang menyimpan gula (glukos). Apabila gula berlebihan, insulin akan menukarkan gula kepada glykogen untuk distorkan di dalam hati. Apabila gula kurang, glykogen ditukar pula kepada gula untuk digunakan di dalam badan. Oleh itu, orang yang mempunyai kegagalan hati akan mengalami kekurangan gula yang sangat serius sehingga kerap pengsan.
3. Hati juga menghasilkan protein seperti albumin. Apabila hati rosak maka penghasilan albumin di dalam badan juga akan berkurang. Kekurangan albumin di dalam salur darah akan menyebabkan air di dalam tisu badan berkumpul (Baca artikel saya di dalam nephrotic syndrome). Perut akan membengkak dipanggil "ascites" - saya rasa orang melayu panggil "busung" dan seluruh badan juga akan membengkak dengan air.
4. Hati menghasilkan bahan-bahan untuk pembekuan darah seperti fibrinogen, prothrombin, faktor-faktor V, VII, IX dsbg. Bahan-bahan ini juga adalah sejenis protein. Apabila tiada bahan-bahan ini, pembekuan darah tidak berlaku dan akan menyebabkan pendarahan teruk. Itu juga antara sebab kenapa ramai yang menghidapi kegagalan hati meninggal dunia akibat pendarahan teruk yang tidak dapat dihentikan.
5. Fungsi hati yang tersangat penting ialah membuang bahan-bahan beracun dan menyahtoksin bahan-bahan toksik daripada badan. Untuk pengetahuan anda, segala macam ubat-ubat, bahan kimia, herba-herba dan segala jenis makanan beracun akan di mengalami proses metabolik untuk menghilangkan keracunannya. Oleh hal yang demikian, proses penyahtoksin ini akan menyebabkan hati rosak. Apabila kita memakan 2 biji panadol contohnya, panadol ini akan ditukarkan kepada bahan tidak bahaya di dalam hati dan dikeluarkan melalui buah pinggang atau najis. Namun, sekiranya kita makan 50 biji panadol sekaligus, bahan ini akan ditukarkan kepada bahan tidak bahaya oleh hati tetapi akan menyebabkan kerosakan hati yang serius yang menyebabkan kematian.
6. Sejenis sel khusus di dalam banyak-banyak sel hati dipanggil "sel kupffer" membentuk satu sistem pertahanan badan. Ia membantu untuk memakan bakteria dan bahan-bahan merbahaya yang lain. Kekurangan protein tertentu akibat kegagalan hati menyebabkan seseorang itu sangat mudah dijangkiti penyakit kerana sistem imun badan yang lemah.
Kesimpulan

Oleh kerana itu, hati adalah sangat penting untuk dijaga. Ia adalah sejenis organ yang tidak boleh hidup tanpanya. Oleh itu jauhilah perkara-perkara yang boleh merosakkan hati. Salah satu daripadanya ialah ARAK. Alkohol adalah antara penyebab kerosakan hati yang utama di seluruh dunia.

Sabda Rasulullah SAW:-Ertinya:
" Sesungguhnya dalam jasad manusia itu terdapat seketul daging. Apabila baik ia, maka baiklah seluruh badan. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh badan. Itulah HATI".

Karenanya Allah S.W.T. mengingatkan, “Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.” (QS. Asy-Syams: 9-10)



Wallahu'alam.




0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites